Monday, April 11, 2011

SiaPakah LElaki itu???

Lelaki itu???
Lelaki itu muncul dalam hidupku sewaktu ku berkasih-kasihan dengan Mr F….Sewaktu ku  mengenalinya buat kali pertama, ku sukakan gayanya yang ala-ala pemalu gitu..huahahaha!!!...hurm….Not bad this guy…I was monolog by my own to give some perception about that one guy…

Sifat Fizikal Lelaki itu???
Lelaki ini mempunyai ketinggian yang standard bagi seorang lelaki…Kire Ok la….Hurm….Ku baik dengannya selepas itu dan selalu je ada isu-isu untuk kami tertawakanya…

Adakah lelaki itu KElakaR???
Lelaki ini agak kelakar orangnya…selalu membuatkan aku gembira….Ku memperkenalkan seorang kawan perempuanku kepadanya, dan semenjak itu hubungan kami berempat (Aku,Mr F,Lelaki Itu dan Kawanku) menjadi rapat…kemana sahaja kami berempat…makan sama-sama, minum sama-sama dan ketawa pun bersama-sama…itulah kenangan aku bersama mereka yang menggembirakan aku…TErima kasih kalian…Lelaki ini juga selalu membuat aku ketawa berdekah-dekah setiap kali lelaki ini membuat lawak..lelaki ini suka menganjing aku dan kawan-kawan yang lain dgn simbolik "3G" itu "GeMuk , Gebu dan GEmpal"…Kuang Ajo TOL!!! Hahahaha!!!

Adakah leLaki itu PEndengar yang SetiA???
Ya!!! KEsian Lelaki itu…lelaki itu Sentiasa menjadi pendengar setia aku setiap hari..boleh dikatakan hubungan kami agak rapat..tapi hanya bertemankan telefon bimbit kerana kami tidak berkemampuan untuk berjumpa kerana dipisahkan oleh masa dan jarak…Aku selalu meluahkan perasaan senang,ketawa,duka dan apa saja yang kurasakan kepadanya..Maafkan aku kerana Kamu terpaksa mendengar luahanku walauku tahu kamu seakan seperti terpaksa..waHAhahAha…Pernah suatu ketika dahulu aku menangis di depanmu di depan mak guard Uniten kerana risau akan kecurangan Mr F..Ya memang betul  Aku mula menyayangi Mr F sangat2 time tu..dan ku tidak mahu hubungan ku selama ini dipersiakan…kerana ku jujur dalam setiap langkahku…dan lelaki itu sentiasa mendengar rintihanku ketika itu,,dan sentiasa menasihatiku..Arrgh,,ku malu apabila mengenangkan saat itu aku menangis di depannya!!! Malunya…….dan kali ini dia menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan sekali lagi apabila sekarang aku mengalami masalah percintaan dan frustrating about love...huhuhu..

Adakah lelaki tu seorang yang matang???
MElihat KEpada perspektif dan perhitungan aku semasa mengenali lelaki itu, lelaki itu Agak berfikiran matang dan  berwawasan..Ya!! manusia adakalanya boleh berubah…dan ku harapkan agar lelaki itu tetap dengan pendiriannya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup dan jangan menjadikan wanita di luar sana sebagai insan yang lemah dan yang penting sekali jangan anggap wanita itu untuk sekadar  untuk Have Fun…. Dan BErharap lelaki itu akan menemui cinta sejatinya suatu hari yang mampu memahami, menggembirakanmu,menjagamu, dan menerimamu seadanya…Kamu lelaki yang baik maka kamu layak untuk menemui perempuan yang baik untuk kamu..dan aku yakin kamu pasti menemuinya suatu hari nanti…

Apakah Yang kamu Suka TEnTAng lelaki Itu??
Saya Suka tentang lelaki itu adalah saya sentiasa membulinya… Saya suka sangat membuli lelaki itu..lelaki itu terpaksa melayan kerenahku yang bermacam2 ini…ku Amat manja dan sentiasa membuli orang..dan ku ingat suatu hari ku menyuruhnya membeli makanan dan menghantarnya di  suatu tempat…dan aku juga selalu membulinya membeli minyak motor kerana setiap kali aku naik moto ngn mimie, kawan baikku itu,,,”Kami selalu stuck” sebab minyak selalu habis…Adoiyai…dank u selalu meminta pertolongan dari lelaki itu…
Dan dengan lelaki itu aku selalu meminta topup darinya…argh x malunya aku..huhuhu..pernah suatu hari, sewaktu besday aku tahun ini, daku berjumpa dengan lelaki itu di Tanjung Malim dan Ku dengan muka x malu amik terus kad topup celcom si lelaki itu dari tangannya dan menopupkan hp sony ericsonku…huauahaua..dengan selamba ku berbuat demikian…cian dia..akhirnya dia mengatakan bahawa topup ada lagi dan kemudian melihat pursenya dan ternyata sudah tidak ada!!!! Huhu..Terasa malu dan kesian plak daku kat lelaki itu..dah la sebelum itu daku menggunakan kredit hp nya sehingga RM0.00 kerana menelefon zati (roomateku) dan MElin ( Rakan B***h  aku) 
Dengan ini...daku meminta maaf dari hujung rambut hingga ke kaki kerana banyak menyusahkanmu melayani kernah dan ragamku...

Siapakah sebenarnya lelaki itu???
Dan akhirnya lelaki itu yang ku maksudkan adalah abang angkatku sendiri iaitu Muhd Yusri Bin Sukimin yang juga dikenali sebagai Abg Yo…Ceyh, nak muntah rase…hahahahha….Hubungan kami adalah hubungan "abg dan adik" telah banyak menggembirakan daku ... Bagi kawan2 berharap jgn nak buat andaian tentang hubungan kami ye...Ku senang apabila bercakap dan berborak mahupun buat lawak dengannya..Ku x pernah nak cover2 depan abg ku ini  malah daku menjadi diriku sendiri (bak kata org no cover2,no control2 beb!!)…kuaKAkA!!! Dan ternyata ku amat selesa dengannya…

Abg..
Terima KAsih adik Ucapkan,,
Kerana kehadiranmu di dalam hidupku amat beerti bagiku....
Duniaku mungkin akan gusar sekiranya tanpa sokongan dan Kegiranganmu..
Ternyata kamu memang Best!!!.... Bye Abg ...

Arigato Kozaimas OpPA........



My BRoTheR mY SUnShinE..




(P/S: ADik sayang abg mcm Abg adik sendiri... dan berharap agar hubungan kita tidak akan pudar sampai bila2 dan hingga ke akhir             
                                                      hayatku...... )
       

No comments:

Post a Comment