Friday, February 26, 2010

19 FEBRUARI 2010 ADALAH BEZDAYKU...

Pada 22 februari 2010, isnin malam selasa..aku dikejutkan dengan sesuatu yang tidak dapat aku lupakan seumur hidup...iaitu surprise party besdayku...aku x tahu yang benda ni dirancang oleh kawan2ku dan juga buah hatiku...hmm time tu ingat g, aku diajak kawan2 ke tasik selepas kelas public speaking...kemudian diorang sume ajak aku pegi makan kat luar...adoiyai...time tu aku agak malas nak g makan..tapi aku ikut gak sebab kawan2ku..huhu...malam time kat tasik tu ada mimie,wanie,teah,ekin,sheila...kawn2 yang aku sayang sgt2...diorang bwk aku g Sri Putri kat highway...hehehe....bila sampai je kat situ, aku tgk ramai gler kawan2 aku kat Sri Putri tu...aku listkan name diorang,mimie,wanie,teah,sheila,ekin,kak yana,lili,ina,teha,zaf,fiq,efa,bo,paan,muzakkir,fath,yo,fendy,din,amzar,wan...dan lain2...yg best sekali bler my boy, Mr fendy bawak kuar kek...hukhuk alanghak terkejutnya aku....


MY BELOVED FRENZ...
My CYG
Kawan2..terima kasih taw pasal malam tu,,aku ingt korang sume..gembira sangat...buat my beloved..terima kasih...syg sayangkan cyg..x sangka cyg sanggup bt mende ni sume dgn kawn2 syg,planning my besday...I love U..buat Mr yo,thanks gak sebab sanggup ulang alik amik kawan2 ku pegi dan balik time tu..thank you...hurm ok la buat kawn2 terima kasih gak sebab balingkan tepung padaku...hahahaha..macam zombie dah rupaku time tu....hurm bayangkan, kedai org makan tu kitorang leh main baling2 tepung...hahahaha....ok la....I LOVE YOU ALL!!!

Wednesday, February 17, 2010

I LOVE YELLOW


Kuning kegemaranku...ye betul2 kuning kegemaranku...kenapa aku memilih warna kuning?
kerana kuning beerti ceria..keceriaan itu yang ku mahukan dalam hidupku...bagi mereka yang happy go lucky,teruskan memiliki jiwa sebegitu kerana hidup tanpa keceriaan tidak mencorakkan ape2...

K = Kuning itu memang indah bagiku
U = Untuk itu kita harus ceria
N = Nurul Auni adalah namaku
 I  = Impianku  menjadi businesswoman berjaya
N = Nak mencapai puncak menara gading
G = Gembiralah kita bagi penggemar warna KUNING..HEHEHE

Tuesday, February 16, 2010

BUAH HATIKU...

rindu...kadang2 aku benci perasaan ini....
cinta...ahh..bosunk arghh...
kasih...ape mende arr ni....
memang ini yang aku rasekan dahulu....
mustahillah kalo diri ini x mahu disayangi dan menyayangi...
harap aku akan lebih tabah menghadapi hubungan ini..kerana aku terlalu banyak komitmen dgn kerjaku...
haruskah aku mengabaikannya?
namun aku memahami bahawa cinta itu memerlukan pengorbanan,kesetiaan,kejujuran dan keikhlasan...

Saturday, February 13, 2010

DETIK SEMALAM...12 FEBRUARI 2010

aku dan mimie
Semalam, merupakan pengalaman pertamaku dimana aku bekerja membantu mak angkatku di kedai makan berdekatan dengan terminal bas muadzam shah,pahang. Itu merupakan pengalamanku yang pertama yang merasakan pahit getir hidup mereka yang mencari rezeki untuk menyara hidup. Aku belajar melayan kerenah pelanggan, belajar membuat abc,ais batu jagung dan cendol di samping mengambil pesanan dari pelanggan yang datang. Alhamdullilah, pelanggan datang tidak henti2 ke gerai mak angkat ku....
Aku pada mulanya tidak tahu macam mana aku boleh digelar sbg anak angkat makcik tu...aku cuma pergi makan jemput2 dikedai makcik yang dikenali sebagai makcik Piah...makcik Piah baik orgnya...
mungkin aku mendapat peluang ini kerana sikapku yg suka beramah mesra...waktu itu aku bersama kawan baikku ,mimie...kami sama menjadi ank angkat mak cik Piah...
baruku faham macam mana mereka yang berhempas pulas mencari rezeki untuk ank2...
pada waktu aku secara rasminya menjadi anak angkat makcik Piah.,makcik menepuk belakangku sambil memesan,"belajarlah baik2 selagi ada peluang belajar, Makcik hari2 penat mencari duit, hanya pelajaran yg mampu membntu kamu" ...lebih kurg macm tu la kata2 Makcik Piah....aku cube belajar mengenal semua ini, yang pasti aku gembira kerana diberi peluang mengenali apa itu MAKNA KEHIDUPAN..
-SEMOGA ALLAH MEMURAHKAN REZEKI KITA SEMUA-

Moral cerita= Belajarlah memahami kesusahan orang lain,sesungguhnya kita akan lebih merendah diri dan jangan abaikan pelajaran kerana belajar itu seumur hidup....sekian

TEAMBUNGA.BLOGSPOT.COM

13 FEBRUARI 2010

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera....
Kenapa teambunga.blogspot.com?
harap kawan2 tidak salah anggap dengan link blog ini....
actually blog ini dihasilkan menjadi tatapan bagi semua golongan tidak kisahla lelaki ataupun perempuan...tidak khusus untuk perempuan sahaja kerana perkataan "bunga" disitu...tetapi pembuat blog ini sudah semestinya seorang perempuan...
Jadi marilah same2 memeriahkan teambunga.blogspot ini kerana blog ini sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui pengalaman2 sy sbg seorg pelajar,perantau,seorang yang sentiasa berdikari dalam hidup yang sentiasa mencari peluang dalam hidup...jangan sia2kan hidup anda....-BETTER THAN THE BEST-